CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, 23 May 2011

Kasih Mama

                                              ''Mama''



Mama ialah seorang insan yang palimg aku kagumi.Mamalah insan yang telah mengandungkanku 9 bulan 9 hari tanpa ada keluhan di bibir.DI saat mama perlukan teman di sisi papa pula pergi di jemput ILLAHI..Papa meninggalkan aku di dalam kandungan mama..Papa adalah cinta terakhir mama tiada yang lain.

Mama membesarkan akub dengan kudrat yang dimilikinya sehingga aku tumbuh sempurna.Mama pula pergi meninggalkan aku.Aku pegang kata2 mama yang jodoh,pertemuan dan ajal di tangan-Nya...Aku akan tetap mengenang jasa mu mama kerna kasihmu membawa ke SYURGA 


                         
                                          ~terimakasih wahai ibunda~
hasil coretanku tuk mama

Nur KaSIh


Dugaan dan ranjau yang dilalui oleh Adam tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur kemungkinan akan meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka berdua.

Manakala Aidil pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas(7) (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam(5) (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia meninggal dunia.       





Mampukah Aidil membesarkan Ilyas dan Maryam sendirian? Pengorbanan apakah yang akan di lalui oleh Nur Amina dan Adam? Adakah cinta Adam Dan Nur Amina akan terkubur? Jangan Lupa saksikan tayangan Nur Kasih The Movie pada 19 Mei 2011. Saksikan juga lakonan comel Mia Sara sebagai anak Aidil dan Alia.


 CINTA ITU UTUSAN ALLAH 

Sunday, 22 May 2011

KISAH AKU DAN DIA


KISAH AKU DAN DIA
Ini kisah aku dan sahabat karibku.Aku dan dia ibarat isi dengan kuku kemana sahaja aku berada pasti ada dia disitu.Aku mengenalinya sejak di bangku sekolah lagi.Dia memang berbeza dengan ku,sikap brutalnya memang tidak kena dengan jiwaku.Tapi dia selalu kata jika dia kasar dan brutal macam ni kalau ada orang yang nak buli aku atau cuba menyakitiku dia akan melindungiku walau jiwanya terpaksa menjadi taruhan.Aku tahu di sebalik wajah riang miliknya terselindung duka yang lara.Dia bukan menjadi dirinya dia cuba bohong padaku yang dia gembira alasan tidak mahu aku memikirkan perihal dirinya...
                                                    
    Jauh semakin jauh dia dari aku ,dia cuba mengelak dari bertemuku.Aku memang dah tak kenal siapa dia lagi.Dulu dia selalu kata akan melindungi aku walau apapun terjadi tapi sekarang dia yang cuba untuk membunuh aku .Apa masalah dia yang sebenarnya aku bingung!!!.Tapi kata orang kalau orang dah tak nak kawan dengan kita" kenapa terkejar2kan orang tu macam orang bodoh jew''.Pada aku biarlah aku nak jadi macam orang bodoh sekali pun asalkan aku dapat balik kawan aku......Bodahkah aku kerna mahu mencari sahabat yang hilang dalam ombak hidupnya.

                                                 
Walaupun engkau terus diam membisu aku akan tetap menanti jawapan darimu wahai sahabat...kerna aku akan selalu ingat kisah aku dan engkau



written by ZIZIE ZEA (Queen Of This Blog)

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki

Friday, 20 May 2011

                                                          
                                                             ~ MENGHITUNG HARI~


Aku hanyalah gadis remaja metropolitan yang biasa.Aku jalani kehidupan ini seperti remaja yang lain yang ingin terbang bebas seperti merpati  di udara....Seumur hidupku aku cuma mencintai Maha Pencipta dunia,Rasul2-Nya dan juga mama dan papa.Tapi sejak kebelakangan ini aku sering di buai mimpi...mimpi yang tak pasti...Aku mengenalinya di situ,di perhentian bas itulah mula2 aku mengenali  dia.Namanya pun aku tidak mengetahui apatah lagi tuan yang empunya diri...Setiap hari aku bersua dengannya,dan setiap kali jugalah hati ku berdegup untuknya..Pada suatu hari  hujan turun sambil ditemani sang petir...aku pula ketinggalan bus untuk pulang ke rumah..alangkah terkejutnya hatiku apabila melihat dia juga ada di situ..Aku hanya duduk sambil berpeluk tubuh kerana kesejukkan.Dia hampiriku lalu menghulurkan jaket miliknya..Aku cuma diam,tapi menyatakan dia cuma hendak membantuku kerana aku berada dalam keadaan kesejukkan.Kami berkenalan dan mula mengetahui tentag diri masing2.Dua bulan selepas itu aku..terasa diri ini seperti berada dalam keadaan kesakitan kepala tidak henti2 berdenyut...Aku mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.Mungkin ini memang tertulis untukku yang aku hanya bisa tuk bertahan hidup selama 3 bulan.Tapi kata mama yang doktor bukan tuhan untuk meramal kematian seseorang,doktor itu hanya menjalankan tugasnya...aku cuma perlu percaya yang jodoh pertemuan dan ajal itu di tangan tuhan.Si dia berkali2 menghubungiku tapi aku cuba untuk tidak menemuinya kerana aku takut perasaan ini semakin menebal terhadapnya.....Aku cuma menghitung hari...detik dan juga saat untuk illah menjemputku...Sempatkah aku menyatakan yang aku menyintanya?adakah aku bisa untuk menyintainya?Persoalan ini ku titipkan buat teman yang membaca kisahku...
HASIL NUKILAN ~ZIZIE ZEA~