Friday, 20 May 2011
~ MENGHITUNG HARI~
Aku hanyalah gadis remaja metropolitan yang biasa.Aku jalani kehidupan ini seperti remaja yang lain yang ingin terbang bebas seperti merpati di udara....Seumur hidupku aku cuma mencintai Maha Pencipta dunia,Rasul2-Nya dan juga mama dan papa.Tapi sejak kebelakangan ini aku sering di buai mimpi...mimpi yang tak pasti...Aku mengenalinya di situ,di perhentian bas itulah mula2 aku mengenali dia.Namanya pun aku tidak mengetahui apatah lagi tuan yang empunya diri...Setiap hari aku bersua dengannya,dan setiap kali jugalah hati ku berdegup untuknya..Pada suatu hari hujan turun sambil ditemani sang petir...aku pula ketinggalan bus untuk pulang ke rumah..alangkah terkejutnya hatiku apabila melihat dia juga ada di situ..Aku hanya duduk sambil berpeluk tubuh kerana kesejukkan.Dia hampiriku lalu menghulurkan jaket miliknya..Aku cuma diam,tapi menyatakan dia cuma hendak membantuku kerana aku berada dalam keadaan kesejukkan.Kami berkenalan dan mula mengetahui tentag diri masing2.Dua bulan selepas itu aku..terasa diri ini seperti berada dalam keadaan kesakitan kepala tidak henti2 berdenyut...Aku mengambil keputusan untuk berjumpa doktor.Mungkin ini memang tertulis untukku yang aku hanya bisa tuk bertahan hidup selama 3 bulan.Tapi kata mama yang doktor bukan tuhan untuk meramal kematian seseorang,doktor itu hanya menjalankan tugasnya...aku cuma perlu percaya yang jodoh pertemuan dan ajal itu di tangan tuhan.Si dia berkali2 menghubungiku tapi aku cuba untuk tidak menemuinya kerana aku takut perasaan ini semakin menebal terhadapnya.....Aku cuma menghitung hari...detik dan juga saat untuk illah menjemputku...Sempatkah aku menyatakan yang aku menyintanya?adakah aku bisa untuk menyintainya?Persoalan ini ku titipkan buat teman yang membaca kisahku...
HASIL NUKILAN ~ZIZIE ZEA~
Posted by zea the blogger girl at 19:17
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment